Saturday, March 27, 2010

Persediaan bergelar mahasiswa

  • Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar
  • Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus
  • Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa inggeris
  • Mesti mempersiapkan diri lima tahunakan datang bermula dari semesta pertama dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan
  • Bersifat holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula jeri(jasmani, emosi, rohani, dan interlektual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk di bilik kuliah sebaliknya libatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat
  • Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yang gagal ke menara gading

Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading?

Matlamat yang jelas

Cemerlang akedemik

Cermelang sahsiah

Cermelang ketrampilan diri

Memiliki tujuh kemahiran insaniah

  • Komunikasi
  • Kempipinan
  • Pemikiran kritis
  • Kerja berkumpulan
  • Nilai dan etika
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Keusahawanan

Persediaan sebagai pelajar seimbang

Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam dua aspek utama:

Akedemik

  • Mencapai keputusan akedemik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan ke atas dianngap cemerlang

Kokurikulum

  • Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
  • Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar

0 comments:

Post a Comment