Saturday, March 27, 2010

Kem Menjulang Impian Baccsa 2010 [^.^]//

Tanggal 12 Februari 2010,Baccsa telah menganjurkan satu program akademik untuk 'freshie' baccsa (part 4) dan senior-senior yang cgpa nyer below 2.75.

Kem Menjulang Impian.

Diadakan di Kersani Training & Consultancy yang bertempat di Kg. Bumbun,Pekan Jabi Segamat.

Program 3 hari 2 malam ini telah mendedahkan mahasiswa/i dengan pelbagai input serta tips2 untuk berjaya sesuai dengan tema 'menjulang impian'.Program ini disertai oleh 60 orang peserta dan 3 pensyarah pengiring.

Rungutan dan perasaan negatif sudah timbul sejak awal perancangan kem ini lagi..

Tapi,belum cube belum tahu kan..admin baccsajohore.blogspot juga turut serta mengikuti kem ini sebagai salah satu platform untuk merapatkan hubungan antara ahli baccsa yg terlibat.

Feedback yg sgt positif daripada ahli baccsa yg terlibat amat melegakan baccsa committee =)

Slot2 keagamaan,akademik dan kehidupan yang diterapkan amat bersesuaian dgn jiwa mahasiswa/i..tiada paksaan..tetapi secara tidak sedar,ia memberi impak yg besar kepada ahli baccsa sekalian.

TERIMA KASIH KERSANI TRAINING & CONSULTANCY!!

TERIMA KASIH Ir. HJ ABDUL MANAF B ISMAIL!!
managing director

Beberapa gambar turut di ambil!!!boleh download yer selebihnyer =)..



Persediaan bergelar mahasiswa

  • Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar
  • Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus
  • Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa inggeris
  • Mesti mempersiapkan diri lima tahunakan datang bermula dari semesta pertama dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan
  • Bersifat holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula jeri(jasmani, emosi, rohani, dan interlektual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk di bilik kuliah sebaliknya libatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat
  • Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yang gagal ke menara gading

Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading?

Matlamat yang jelas

Cemerlang akedemik

Cermelang sahsiah

Cermelang ketrampilan diri

Memiliki tujuh kemahiran insaniah

  • Komunikasi
  • Kempipinan
  • Pemikiran kritis
  • Kerja berkumpulan
  • Nilai dan etika
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Keusahawanan

Persediaan sebagai pelajar seimbang

Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam dua aspek utama:

Akedemik

  • Mencapai keputusan akedemik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan ke atas dianngap cemerlang

Kokurikulum

  • Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
  • Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar